Cara Mudah Untuk Menentukan Saiz Baju Yang Hendak Dibeli Secara Online

Dengan perkembangan teknologi belibelah secara online, jumlah pembelian secara online meningkat berkali ganda jika dibandingkan 5 - 10 tahun lepas.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak membaca penerangan produk yang mengakibatkan kesilapan ketika membuat pembelian. Yang lebih teruknya, pembeli menyalahkan penjual dan juga menuduh penjual cuba menipu pembeli.

Antara kesilapan biasa yang terjadi, adalah kesilapan memilih saiz baju.

Kesilapan ini biasanya disebabkan pembeli membuat andaian, saiz baju yang hendak dibeli, ukurannya sama dengan saiz baju yang dimilikinya.

Terdapat beberapa jenama yang menetapkan ukuran bagi setiap saiz bajunya tidak sama dengan jenama lain.

Jadi, langkah paling selamat adalah pembeli, memeriksa carta ukuran saiz (Size Measurement Chart) yang dilampirkan pada ruangan penerangan produk.

Bagi kami, ukuran yang paling penting adalah ukuran dada (chest) atau sesetengah jenama menggunakan istilah lebar (width).

Harus diingat, ukuran dada ini adalah ukuran dada baju, bukan ukuran dada pembeli.

Cara mengukur baju untuk menentukan saiz.
Cara mengukur baju untuk menentukan saiz.
Cara mengukur baju untuk menentukan saiz.
Cara mengukur baju untuk menentukan saiz.
Cara mengukur baju untuk menentukan saiz.
Cara mengukur baju untuk menentukan saiz.
Cara mengukur baju untuk menentukan saiz.
Ukur baju yang kita selalu pakai dengan selesa.

Elakkan ukur baju yang bentuknya sudah 'lari' daripada bentuk asal.

Sekiranya dikhuatiri saiz di sekeliling perut lebih besar daripada saiz di sekeliling dada, semak semula ukuran pada baju yang ada pada anda.

Kami di Team Kit berharap anda tidak lagi tersilap memilih saiz ketika membuat pembelian online ;)

Popular Posts